Wednesday, October 2, 2019

MAJLIS RESTU ILMU PT3




Pada hari Khamis, 26 September 2019 bertempat di Dewan Besar SMK Tunku Ampuan Durah telah diadakan Majlis Restu Ilmu PT3. Majlis ini bertujuan untuk memberi semangat dan restu kepada semua calon PT3 yang akan menduduki Penilaian Tingkatan 3 pada 30 September hingga 8 Oktober 2019. Diharapkan semua calon PT3 2019 dapat menjawab soalan dengan tenang dan mudah serta membawa kejayaan yang cemerlang seterusnya mengharumkan nama STAD. Semua calon bersalam-salaman dan memohon maaf kepada guru-guru subjek serta meminta restu ilmu yang dicurahkan selama ini. Semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment